Blogger Layouts

Sunday 14 August 2011

Apakah rasanya bila di'reject' ?

Assalamualaikum :) Ehem ehem. Korang puasa tak hari ini ? Sasa puasa hari ini. *dengansenyumanpenuhkebanggaan*  Hehe..
Korang, hari ini, sasa nak share satu cerita. :) Cuba korang tengok balik title kat atas tu ...
APAKAH RASANYA BILA DI'REJECT' ?? ................ Kepada yang ada apa2 pendapat,sila komen :)

Cerita ini berkenaan salah seorang kawan sasa, nama dirahsiakan untuk tidak menimbulkan sebarang kekeliruan .
Cerita bermula........................
Kawan sasa ni, nama dia, A. Dia minat dekat seorang minah ini, nama minah tu,Z. Dia selalu cerita dekat sasa pasal dia minat si Z tu,tapi dia takut nak cakap dekat Z,dengan alasan si A ni takut diREJECT oleh si Z. Sasa sebagai seorang kawan yang baik hati telah memberikan pelbagai jenis buah fikiran yang bernas, supaya A dapat meluahkan perasaan dia dekat Z ni. Si A ni, dah lama dah try nak masuk jarum, tapi asyik tak masuk jek.Huhu. Kesian si A ni . And, sampai la satu hari yang indah ini, A telah mengumpulkan segala kekuatan yang ada untuk berterus-terang dekat Z. Sasa pun bagi la segala macam kata2 semangat dekat A. At last, terluah juga apa yang A nak cakap dekat Z tu.. Tetapi, apa kan daya, Z telah menolak lamaran A mentah2.
Berubah air muka A time tu. Kesian sasa tengok A tu. Tak pe la A, Bunga bukan sekuntum. Melambak lagi dekat kedai bunga tuh, kau petik jek.
Sampai hati Z tolak terus kawan sasa tuh. Haish. At least, kenal la dulu hati budi dia ni. A tu baik tau. :)
Tapi, walau macam mana pun, sasa tetap tak dapat rasa apa yang A rasa time kena reject tu. Mesti malu kan dia. Haish.
Takpe weyh, bukan minah tu sorang jek yang kau akan jumpe, okay ??
Chill la brader :)

So, korang. Apa pendapat ?? Wajar tak kita tolak orang mentah2 macam tu ??
Setiap orang mesti ada point of view masing2 kan. Terpulang la dekat korang nak sokong siapa pun.
macam ni kot hati kawan sasa masa kena reject tuh.

Hmmm,, ok lah. Till then . Selamat berbuka ye . Sasa sayang semua. Jangan tak pergi terawih tau. :)
Assalamualaikum

Saturday 13 August 2011

Senyap panjang.

Assalamualaikum semua... :) Dah lama rasanya sasa nak meng'update' blog buruk ini. Sampai ada pakcik dah bising. Ouhh, sasa bajet howt. Haha. sory la pakcik ea. sasa bukan taknak update tapi bila dah menaip tu, tak sempat nak publish. Semua cerita masuk draft sahaja. Sebab tak cukup masa nak habiskan cerita t. Almaklum lah. cerita sasa mana pernha pendek2 , mesti mau cakap panjang lebar. :)

Oh, sebelum terlupa, sasa nak ucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. :)
Sedar tak sedar, dah hampir separuh ramadhan dah pun. Macam mana dgn puasa kita, penuh tak ?? tahniah la kepada yang puasa penuh tu. Korang boleh raya tahun ini :)


hmmmm.. Apa lagi nak cakap ek ??
Pakcik tu suruh update blog tapi sasa tak tahu nak cerita pasal apa lah.
Pakcik2, ada idea tak ??
Hmm,,, cite pasal my new life laa.
Okay. Kepada sesiapa yang tak tahu lagi, sasa sekarang ini study dekat Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.sasa dapat offer USIM, tapi malas nak pergi. So, sasa pergi matrik ni je la. :)
Tapi, not bad lah matrik ni. Just hidup sasa mcm kena tambah lagi beberapa jam sebab tak cukup masa untuk itu dan ini.Jadual memang padat gila lah.Kuliah memang pantas seperti LRT. Haha. "LRT pantas ke ??"
Hehe. Memang pantas pun kuliah untuk setiap subjek. Lepas kuliah, ada tutorial pula. Time ini lah nak faham betul2 apa yang tak fham dalam kuliah. Kalau tak grab peluang time tutorial ,memang melepas la korang.Sebab cikgu tak ulang balik tajuk yang dah bincang. Unless, korang ambil inisiatif sendiri untuk pergi berjumpa lecturer di unit2 mereka.
Sasa dekat sini practicum S3AP6. "korang2, sila bangga tau sama prac dgn sasa". Hehe.
Prac ni macam kelas laa. Ada 23 orang semuanya.
Yang lelaki: Faiq,Raja,Fadhil,Amir,Mirul.
Yang gurl pulak: Yana,Ayu,Mckaq,Meksyu,Dija,Fizah,Izzy,Asiah,Jannah,Bie,Peng,Fae,Anis,Awanis,Fatin,Erma,Syida,and SASA. :)
Prac kami ni memanjang nak bergaduh jek. Tapi, sejak dah masuk bulan puasa ni, dah okay sikit la. Mungkin masing2 dah bertaubat kot. :)
Bagus la tu, tak elok gaduh selalu ni. Nanti sasa kahwinkan sorang2 , Nak ???


            ..............................................................................................................................

Okay. sekarang nak cerita pasal my 'bad' roomate. Dulu ada 3 ,sekarang tinggal 2 jek.
Diela@mon2 and Lee Pui Hong@mama nobita.
Pui hong ni kan , perut dia besar. Macam lembu. bagi jek apa2 dekat dia. Kompem dia telan.
Dia nampak je kurus, tapi....... Haish, tak tahu n ak cakap macam mana. Haha. Dia suka buli sasa. Tak baik kan ?? Kesian sasa , asyik kena buli dengan dia. Memandangkan dia ni non-muslim, maka dia tidak berpuasa walaupun sekarang ni tengah bulan ramadhan, tapi dia mesti nak buka puasa dengan sasa and mon2.
Tapi kan Pui hong, awak baik lah. Sasa suka kawan dengan awak . :)
Lagi sorang ni, Diela. Dia ni budak sebelah katil sasa. Selalu carik pasal dengan dia. Kesian dia kena sabar layan kerenah sasa.Kami selalu gaduh2. Tapi, bukan la gaduh betul2 tuh. Gaduh main2 jek :).
Sasa panggil dia MON2 sebab dia montok. Sasa sayang diela. :)
                                                                   ini Lee Pui Hong gemok :)

                                                                  ini Mon2 sayang :)

Hari time birthday sasa, diorang bagi sasa cake blueberry.. Seeeddaaaappppp..
Thankz to Pui Hong,Xue Ni,Zee Wei,Eunice,Boubou,and Diela sayang.Hehe.
Alaa.. Takde gambar cake tuh. Kalau tak, boleh tunjuk. takpe laa.. Dah selamat masuk perut kami pun. :)

.....................
Okay lah. nak stop dulu. Nak gi buka puasa.
SELAMAT BUKA PUASA !!!!!!
sasa sayang semua :) Muah muah muah.
Bubye. Jaga diri ye. Jangan main mercun buatan sendiri. Nanti free2 dapat msok surat khabar. Haha.
Main lah mercun buatan malaysia :)
ok. Assalamualaikum :]