Korang, hari ini, sasa nak share satu cerita. :) Cuba korang tengok balik title kat atas tu ...
APAKAH RASANYA BILA DI'REJECT' ?? ................ Kepada yang ada apa2 pendapat,sila komen :)
Cerita ini berkenaan salah seorang kawan sasa, nama dirahsiakan untuk tidak menimbulkan sebarang kekeliruan .
Cerita bermula........................
Kawan sasa ni, nama dia, A. Dia minat dekat seorang minah ini, nama minah tu,Z. Dia selalu cerita dekat sasa pasal dia minat si Z tu,tapi dia takut nak cakap dekat Z,dengan alasan si A ni takut diREJECT oleh si Z. Sasa sebagai seorang kawan yang baik hati telah memberikan pelbagai jenis buah fikiran yang bernas, supaya A dapat meluahkan perasaan dia dekat Z ni. Si A ni, dah lama dah try nak masuk jarum, tapi asyik tak masuk jek.Huhu. Kesian si A ni . And, sampai la satu hari yang indah ini, A telah mengumpulkan segala kekuatan yang ada untuk berterus-terang dekat Z. Sasa pun bagi la segala macam kata2 semangat dekat A. At last, terluah juga apa yang A nak cakap dekat Z tu.. Tetapi, apa kan daya, Z telah menolak lamaran A mentah2.
Berubah air muka A time tu. Kesian sasa tengok A tu. Tak pe la A, Bunga bukan sekuntum. Melambak lagi dekat kedai bunga tuh, kau petik jek.
Sampai hati Z tolak terus kawan sasa tuh. Haish. At least, kenal la dulu hati budi dia ni. A tu baik tau. :)
Tapi, walau macam mana pun, sasa tetap tak dapat rasa apa yang A rasa time kena reject tu. Mesti malu kan dia. Haish.
Takpe weyh, bukan minah tu sorang jek yang kau akan jumpe, okay ??
Chill la brader :)
So, korang. Apa pendapat ?? Wajar tak kita tolak orang mentah2 macam tu ??
Setiap orang mesti ada point of view masing2 kan. Terpulang la dekat korang nak sokong siapa pun.
![]() |
macam ni kot hati kawan sasa masa kena reject tuh. |
Hmmm,, ok lah. Till then . Selamat berbuka ye . Sasa sayang semua. Jangan tak pergi terawih tau. :)
Assalamualaikum